Monday, September 22, 2008

Sudirman - Salam Terakhir

Lagu ini cukup popular smp sekarang. Lagu ini cukup bermakna bagi diriku. Cukup sedih bila aku dgr lagu ini. Lagu ini juga akan mengingatkan 2 insan yang aku sayangi.

1st Arwah ND merupakan abg ezuan. Aku ngan wan cukup rapat. Seperti adik-beradik. Aku dh menganggap wan seperti family aku. Arwah ND telah meninggal dunia pada 18-01-2005. Masa itu aku tgh nak final exam. Selama seminggu aku teman wan. Aku mendapat berita ini pd 7pg. Masa itu aku tgh kusyuk tidur. Aku terset hp aku volume no 1. Volume yg paling rendah. Tetapi aku ttp dgr dengan panggilan dr wan. Aku terkejut bila dpt berita dr wan. Kemudian aku terus call Alif. Kami cepat-cepat pergi ke HKL. Dlm perjalanan ke sana, radio Era.FM pasang lagu SUDIRMAN - SALAM TERAKHIR. Masa tue aku betul2 nak menangis. Tp aku kawal. Smp2 je, wan terus peluk alif. Masa tue aku dh sebak giler. Aku terus jumpa family wan. Aku x boleh tgk wan. Sbb aku terlampau sedih.

Wan merupakan "kwn" yang paling rapat dengan arwah ND. Diorang duduk 1 bumbung ketika d KL. Pemergian arwah ND merupakan benda yang paling wan x dpt terima. Begitu dengan aku juga. Aku ngan alif la org pertama menziarahi arwah ND. Semasa kami membawa jenazah arwah ND ke tempat mandi jenazah, aku terkejut semua lecture2 ada dkt situ. Bila masa lak diorang smp nie...

Selepas d mandikan. Kami sembahyang jenazah. Tp sblm itu, sapa2 yang nak tgk jenazah, boleh la melihat. Aku ngan alif sempat tgk jenazah slps d mandikan. Bila turn mak wan, mak wan pengsan. Dia tidak dpt terima. Arwah ND cukup d sayangi oleh family wan. Lps sembahyang jenazah, aku xdpt ikut g Batu Pahat. Jenazah d bawak ke BP petang itu juga. Wlpn aku x dpt g BP. Tp aku dpt teman dia 1 minggu d HKL.

Masa aku nak balik ke umah. Sekali lagi Era.FM pasang lagu SUDIRMAN - SALAM TERAKHIR. Kali ini aku betul2 menitis air mata. Aku tidak mampu menyorok air mata ini. Aku terkenangkan saat family wan melihat pemergian arwah ND. Petang itu aku ada test matematik. Aku xde mood nak buat ujian matematik. Aku byk termenung. Mcm mana nasib wan slps ini??? Xpe. Aku akan teman dia selagi aku ada d dunia ini.

2nd aku terkenang arwah atok aku. Atok belah Perak. Masa tue aku tgh order air. Ttibe Era.FM lg sekali pasang lagu sudirman. Kenapa setiap kali org meninggal, aku akan terdgr lagu salam terahkir. Adakah lagu itu lagu keramat utk aku?? Ms dengar lagu tue, aku menangis lagi. Tp menangis dalam hati.

Biar pn 2-2 insan sudah lama meninggalkan aku. Ingatan 2-2 insan ini sentiasa d ingatan aku. Bila aku dgr lagu Salam Terakhir. Aku akan terkenangkan diorng.

Al-Fatihah....

0 comments: