Monday, September 22, 2008

DSLR Canon EOS 1000D

Aku baru je beli dlsr kamera pada 29-08-2008. Sebelum nak beli kamera, aku telah survey di setiap forum2. Aku study betul-betul kamera yang aku akan beli dengan budget yang limit. Mula2 nak ambil model Canon EOS 400D, tetapi aku nampak model canon yang baru sahaja keluar. Aku beli dengan harga RM1800++, kamera sahaja. Tidak termasuk aksesori tambahan seperti lens, uv filter dll. Aku beli di FOTO SELANGOR d Pertama Kompleks. Selepas je aku beli kamera, keesokan harinya aku telah pergi ke titiwangsa untuk test kecanggihan kamera ini. Setakat ini aku berpuas hati.

Tujuan utama aku beli kamera ini adalah kerana minat yang mendalam. Aku juga kerap kali menangkap gambar wedding orang. Tetapi masa tue aku hanya menggunakan CANON POWERSHOT S5IS. So sekarang ini dengan ada kamera yang lebih canggih, aku akan gigih menangkap gambar-gambar yang menarik.

Aku sebenarnya telah lama mengidam nak DSLR kamera. Syukur alhamdulillah aku sudah dapat mencapainya. Terima kasih kepada yang sudi membantu.

0 comments: