Monday, September 22, 2008

Petronas VCM 2008 Terengganu

Pada 08-06-2008 aku telah diarahkan pergi ke terengganu untuk menjalankan 1 tugas. Tujuan aku d sana adalah untuk memasang mesin time attendance d Petronas VCM 2008. Sebelum aku berangkat ke sana, aku telah hantar kereta aku servis. Selepas kereta aku siap, aku terus bertolak ke terengganu. Aku telah pergi ke terengganu dengan Islam (adik). Mula-mula kekok gak kalau g sorang2 nie. Ye la....1st pergi sana. X tau jalan ke sana. Kang x pasal2 termasuk ke kelantan. Sapa susah. Aku gak...

Aku berangkat ke terengganu tengah hari. Sebelum ke sana, aku bersalam dengan family2 aku. Ini kali ke-2 aku berjauhan dengan family. 1st bekerja d Labuan, Sabah. Sepanjang perjalanan ke sana, tidak ada apa2 kejadiaan yang x d ingini berlaku. Disebabkan perjalanan yang jauh. Terpaksalah aku dan adik aku bergilir-gilir bawak kereta. Penat drive sorang2 nie. Semasa nak hampir ke tol Jabor, kereta aku telah problem. Brek kereta x makan, driveshaft lak rosak.

Aku telah tersadai di Cherating. Nasib baik kereta aku nie berhenti dkt ngan bengkel kereta. Mula2 kita orang xtau nak tidur d mana. Destinasi yang sebenarnya nak pergi ke Dungun. Aku telah call semua org. Akhir sekali, aku telah memintak pertolongan Nusaibah untuk menolong aku. Dia bg tau aku yang pakcik aku bg menumpang tidur rumah dia. Syukur. Kita org betul2 blur xtau nak pergi mana...akhir sekali tidur d umah pakcik sybah d Kijal.

Pd 09-06-2008, aku tumpang sybah pergi ke ofis STS KERTEH. Kereta masih tersadai d Cherating untuk repair. Mood aku nak kerja xde. Risau pasal kereta. Petang tue mekanik telah call aku. Katanya kereta dh siap. Cepat betul....aku call adik aku d Dungun. Dia kata ok utk ambil. Tanpa dia, aku xtau nak g sana naik apa. Dlm pukul 5pm, aku bertolak dr kerteh ke cherating untuk ambil kereta. Ranap duit aku nak bayar. Huhuuhuhuh...janji kereta aku siap. Alhamdulillah.

Aku duduk dkt Terengganu tue dr 08-06-2008 smp 25-06-2008. Lama tue...dekat sana tidak ada benda2 menarik untuk berjalan2. Balik kejer, lepak minum. Itu je rutin aku d Terengganu. Asal je balik dr kerja, aku akan lepak pekena air buah. Mula2 kwn aku order Jus Nangka. Aku rasa mcm pelik je bunyik dia. Dia suruh aku try. Ok lah, aku order lah. Last2, terus melekat smp sekarang. Seeddaaappp~~~!!

Sepanjang pekerja, macam2 dugaan telah berlaku. 1st kereta. 2nd mesin time attendance. 2x mesin scan card rosak. Aku telah install time attendance d Petronas VCM pada 10-06-2008. Dalam tempoh masa tue hanya tempoh percubaan. 14-06-2008 merupakan tarikh sebenar mesin itu akan d gunakan. Yang aku peliknya, sepanjang tempoh percubaan tue xde lak mesin tue nak rosak. 14-06-2008 tue la mesin tue rosak. Wayar putus. Masa tue aku dh smp umah d Dungun. Bos aku panggil untuk repair. Dalam penat2 tue, aku terpaksa patah balik ke Kerteh. Korang bayangkan mcm mana aku nak cari skru sekecil spek mata tue pd waktu malam. Aku blluuuurr!! Nasib baik Abg MAN dr ANZ telah menolong aku. Besar pn besar lah. Janji aku siapkan keje aku. Lepas repair tue aku blk la rumah. Ingatkan pg tue aku nak la bgn lambat. pukul 5pg bos aku panggil lg sekali. Dia ckp mesin tue rosak lg. Aku ingat rosak mcm bekalan elektrik putus. Last korang nak tau apa jd. Putus lg!!!! Aku betul2 tension. Aku rasa ini mesti ada org sabotaj. Abg Man terkejut gak. Pdhal depan mata dia aku repair mesin tue. Huurrmmm...xper lah. aku baiki gak. Sejak dr itu, mesin x rosak dh. Bagguuuusss!!

21-06-2008, lori besar bawak column. Besar giler aku tgk. Ini kalo jatuh, boleh gegar 1 plant tue. Hhuuhuhuh...Dh la besar. Dh tau besar, lori tue jalan tempat banyak wayar. Column itu terlanggar tiang elektrik. 2 tiang jatuh. Giler arrhhh...petang tue lak hujan lebat. Pakej. Aku terpaksa dok dalam kabin smp ke mlm. Hbs lenjun basah baju. Esk paginya aku bgn, bos aku ckp. Mesin rosak lg. Tp kali ni kena sambar petir. Kekekkeke...itu aku xleh buat apa lah. Aku nie bukan Mc Gyver pn. Semua mesin aku nak kena baiki. Last2, aku ckp dkt bos aku. Bnd dh rosak. Xleh nak buat apa.

Aku call Mr Loh dr Autovation Data Sdn Bhd. Tanya la kot2 mesin tue boleh baiki. Dia ckp xde masalah. Mesin under warranty lg. So aku ambil keputusan untuk blk ke KL. Sebelum aku blk ke KL, aku standby apa yg patut. Basuh baju, kemas keta. Keta aku dh mcm lori tanah aku tgk. Kotor. Dh xde rupa kereta.

25-06-2008 aku telah berangkat blk ke KL. Aku bertolak dr Dungun pukul 5pg. Aku g awal sbb nak elak kesesakan d kemaman. Dlm gelap2 tue, aku teruskan perjalanan ke KL. Dalam perjalanan ke KL, ada road block. Aku pk, asal bg2 diorang buat road block. Dh xde keje ke diorang nie. Masa polis tahan aku. Polis tue tgk barang2 d belakang keta aku. Byk beg2. Berterabur. Polis "Byk barang, nak g mana?" Aku menjawap "Balik KL bang". Terus polis tue lepaskan aku. Fuuuhhh..

Ingatkan dh lepas tue leh la masuk tol jabor. Tp aku termasuk ikut kuantan. Adduuhhh!! Silap jalan...pasrah je lah. Aku ikut signboard yang menghala ke tol kuantan. Dh lama aku x g kuantan. Alang2 dh termasuk kuantan tue, aku round2 jp bandar kuantan. Dulu aku pernah tinggal d kuantan. Dkt gambang, batu 3 1/2. Teringan zaman kanak2 d sana.

Lps tue aku terus g tol kuantan. Lps je ambil tiket, mata aku dh berat. Mengantukkk!! Aku bawa keta dengan perlahan. Tp xde la slow sgt eh....boring lak bawa keta sorang2. Xde geng nak berckp. Kalo ada adik aku, leh la mengumpat. Kekekkekee....Aku pasang la lagu kuat2. Menyanyi sorang2. Aku la menyanyi, aku gak la pengkritik. Hahahhaahaha. Akhirnya aku ternmpk RnR Gambang. Aku ambil keputusan untuk berhenti tido. Ingatkan aku nak tido 30min, sekali terlajak ke 1jam. Tp xper, xde benda aku nak keja. Bgn je dr tido, aku terus basuh muka dan beli la makanan sikit.

Aku terus gerak ke KL tanpa henti. Badan dh segar, otak pn segar. Aku bawa keta ngan steady Biar slow, wlpn keta zaman pop ye ye lg laju dr aku, aku ttp ngan kelajuan slow aku. Biar slow, asal selamat. Smp je highway Genting Sepah, ada road block lg. D sbbkan aku x buat apa2 salah. Aku buat biasa gak. Byk keta power2 kena tahan...tue la korang. Tau la byk duit.....tgk mcm aku. Dh tau xde duit. Bawa slow.

Kemudian aku telah ternampak signboard TOL GOMBAK. Aku menarik nafas lega. Akhirnya aku sampai gak. Terpancar kegembiraan d muka aku. Wlpn muka tgh selebet jek. Aku rindukan KL. Lps je dr tol gombak. Aku terus pecut laju. Sbb aku tau dkt area2 nak g umah aku xde polis. Hahahhahaha...aku smp umah tepat pd pukul 10.15pg. Smp je rumah, aku kuarkan semua barang2. Kalo korang tgk barang2 aku, mcm aku lari dr kem tentera jek.

Itu la perjalanan aku d Terengganu. Wlpn aku rindu umah & KL. Hati aku masih teringat dkt org2 terengganu. Aku xkan lupakan staff d sana, wlpn diorang dh berhenti.

0 comments: