Saturday, September 27, 2008

Lelaki Kena Cabul??!!!

0 comments











Thursday, September 25, 2008

Iklan Raya 2008

0 comments

Antara iklan raya 2008 yang aku suka tgk :

(1) Petronas - Mata Tidak Tengok, Telinga Tidak Mendengar

Inilah ayat yg cukup bermakna utk iklan raya terbaru dr Petronas. Ini link dia http://www.petronasgreetings.com/hariraya2008/index.asp. Iklan ini mengisahkan seorang anak bernama MAN yang cukup sibuk dengan urusan bisnes dia. Wlpn baru kg, Man ttp sibuk dengan kerja dia. Smp2 je ke kg, cuma tanya kabar dr emak dia. Mak ok ke x. Ayat yang sering d gunakan oleh Man. Untuk tidak menunjukkan perasaan hampa, emak Man terpaksa ckp OK supaya menyejukkan hati anak dia. Sewaktu Man kuar ke pekan untuk menggunakan internet, dia telah d sapa oleh seorang pakcik. Pakcik tersebut meneman anak dia yang baru lepas operation. Pakcik tue telah berkata "PAKCIK X SAMPAI HATI NAK TINGGALKAN DIA SORANG RAYA NIE. KALAU MATA PAKCIK X TENGOK TELINGA X MENDENGAR PAKCIK X SENANG HATI". Lps dr itu, Man terus pulang ke rumah mak dia. Wlpn kita sesibuk mana pn, kita jgn abaikan family kita. Diorang dh tua. Perlukan perhatian dr kita. Jgn sesekali biarkan mereka keseorangan.

(2) Telekom Malaysia 2008

1 family telah pulang ke kg mak ayah dia. Kemudian si ayah dia menerangkan kenangan silam kepada anak dia yang ada rumah ini. Sebenarnya rumah itu sudah tiada penghuni. Ini kerana ke 2-2 orang tua family ini telah meninggal dunia. Si anak telah berkata "Kenapa ayah baru nak raya ke rumah ini, sedangkan atuk & nenek sudah meninggal dunia" Ayahnya membalas "Ayah terlampau sibuk" Si anak membalas "Kenapa tidak telefon?"

Perhatian Kepada CucuNenek

2 comments

Ok CucuNenek, hari nie dh 28-09-2008. Raya dh nak dekat nie. Tinggal lagi 2 hari je. Korang jgn lupa bawa barang2 yang berkaitan dengan BMW SAUBER PETRONAS. Kasi kuar semua harta benda korang tue k. Tungguuuuu......

Mesej dari

http://mysarah.wordpress.com/2008/09/16/perhatian-semua-cucu-nenek/

Salam…perhatian kepada semua CUCU NENEK. Pada hari raya ke-2 akan diadakan sesi penggambaran cucu nenek with BAJU BMW SAUBER TEAM. Kepada sesiapa yg ada baju BMW SAUBER tu, jangan lupe bawak balik umah nenek. yang xde macam intan, syahidah tu, beli sticker tampal kat baju sudey….ekekeke… tapi CIK PIDAH x bawak KERETE BMW die this coming raya. BUT ITS OK…penghulu kita balik dari DUBAI ( SHIDING!!)…kebabow la kite semua main mercun..( abis la hancur umah aku!!!)….hahaha…c u all ..Ingat!!..RAYA KE -2 OK….kamera mahal akan di sponsor oleh MOMAT MONSTER…^_^

Monday, September 22, 2008

Sudirman - Salam Terakhir

0 comments

Lagu ini cukup popular smp sekarang. Lagu ini cukup bermakna bagi diriku. Cukup sedih bila aku dgr lagu ini. Lagu ini juga akan mengingatkan 2 insan yang aku sayangi.

1st Arwah ND merupakan abg ezuan. Aku ngan wan cukup rapat. Seperti adik-beradik. Aku dh menganggap wan seperti family aku. Arwah ND telah meninggal dunia pada 18-01-2005. Masa itu aku tgh nak final exam. Selama seminggu aku teman wan. Aku mendapat berita ini pd 7pg. Masa itu aku tgh kusyuk tidur. Aku terset hp aku volume no 1. Volume yg paling rendah. Tetapi aku ttp dgr dengan panggilan dr wan. Aku terkejut bila dpt berita dr wan. Kemudian aku terus call Alif. Kami cepat-cepat pergi ke HKL. Dlm perjalanan ke sana, radio Era.FM pasang lagu SUDIRMAN - SALAM TERAKHIR. Masa tue aku betul2 nak menangis. Tp aku kawal. Smp2 je, wan terus peluk alif. Masa tue aku dh sebak giler. Aku terus jumpa family wan. Aku x boleh tgk wan. Sbb aku terlampau sedih.

Wan merupakan "kwn" yang paling rapat dengan arwah ND. Diorang duduk 1 bumbung ketika d KL. Pemergian arwah ND merupakan benda yang paling wan x dpt terima. Begitu dengan aku juga. Aku ngan alif la org pertama menziarahi arwah ND. Semasa kami membawa jenazah arwah ND ke tempat mandi jenazah, aku terkejut semua lecture2 ada dkt situ. Bila masa lak diorang smp nie...

Selepas d mandikan. Kami sembahyang jenazah. Tp sblm itu, sapa2 yang nak tgk jenazah, boleh la melihat. Aku ngan alif sempat tgk jenazah slps d mandikan. Bila turn mak wan, mak wan pengsan. Dia tidak dpt terima. Arwah ND cukup d sayangi oleh family wan. Lps sembahyang jenazah, aku xdpt ikut g Batu Pahat. Jenazah d bawak ke BP petang itu juga. Wlpn aku x dpt g BP. Tp aku dpt teman dia 1 minggu d HKL.

Masa aku nak balik ke umah. Sekali lagi Era.FM pasang lagu SUDIRMAN - SALAM TERAKHIR. Kali ini aku betul2 menitis air mata. Aku tidak mampu menyorok air mata ini. Aku terkenangkan saat family wan melihat pemergian arwah ND. Petang itu aku ada test matematik. Aku xde mood nak buat ujian matematik. Aku byk termenung. Mcm mana nasib wan slps ini??? Xpe. Aku akan teman dia selagi aku ada d dunia ini.

2nd aku terkenang arwah atok aku. Atok belah Perak. Masa tue aku tgh order air. Ttibe Era.FM lg sekali pasang lagu sudirman. Kenapa setiap kali org meninggal, aku akan terdgr lagu salam terahkir. Adakah lagu itu lagu keramat utk aku?? Ms dengar lagu tue, aku menangis lagi. Tp menangis dalam hati.

Biar pn 2-2 insan sudah lama meninggalkan aku. Ingatan 2-2 insan ini sentiasa d ingatan aku. Bila aku dgr lagu Salam Terakhir. Aku akan terkenangkan diorng.

Al-Fatihah....

Perginya Seorang Saudara....

1 comments

Hari raya dh semakin lama, semakin dkt. Sekarang nie dh puasa ke-22. Cepatkan masa berlalu. Pg td, semasa sahur. Aku dpt berita dr ayah aku. Kazen belah Muar telah meninggalkan dunia pada 3.30pg. Kami gelarkan dia PAK ANDAK ILING. Sedang orang sibuk menyediakan hidangan untuk berbuka puasa, family Pak Andak Iling telah mendapat berita menggemparkan. Berita yang tidak dpt d terima oleh semua org. Semua itu takdir ilahi. Kita kena menerimanya.

Pak Andak Iling meninggal dunia kerana mengalami masalah paru-paru. Sblm itu dia menghidap ketumbuhan d otak. Tp ketumbuhan telah d buang. Seluruh sanak saudara kami sedih mendengar berita ini.

Rumah Pak Andak sering kami kunjungi. Beliau tinggal d Parit Koma, Muar. Setiap kali raya, kami akan menyinggah ke rumah beliau. Dr Melaka ke Muar. Rumah Pak Andak rumah ke-2 terakhir yang kami akan pergi. Singgahan terakhir d Parit Jawa, Muar. Tetapi kali ini, kami akan menziarahi kubur arwah.

Aku mengucapkan takziah buat family Pak Andak. Allah lebih sayangi arwah.

Al-Fatihah....

Petronas VCM 2008 Terengganu

0 comments

Pada 08-06-2008 aku telah diarahkan pergi ke terengganu untuk menjalankan 1 tugas. Tujuan aku d sana adalah untuk memasang mesin time attendance d Petronas VCM 2008. Sebelum aku berangkat ke sana, aku telah hantar kereta aku servis. Selepas kereta aku siap, aku terus bertolak ke terengganu. Aku telah pergi ke terengganu dengan Islam (adik). Mula-mula kekok gak kalau g sorang2 nie. Ye la....1st pergi sana. X tau jalan ke sana. Kang x pasal2 termasuk ke kelantan. Sapa susah. Aku gak...

Aku berangkat ke terengganu tengah hari. Sebelum ke sana, aku bersalam dengan family2 aku. Ini kali ke-2 aku berjauhan dengan family. 1st bekerja d Labuan, Sabah. Sepanjang perjalanan ke sana, tidak ada apa2 kejadiaan yang x d ingini berlaku. Disebabkan perjalanan yang jauh. Terpaksalah aku dan adik aku bergilir-gilir bawak kereta. Penat drive sorang2 nie. Semasa nak hampir ke tol Jabor, kereta aku telah problem. Brek kereta x makan, driveshaft lak rosak.

Aku telah tersadai di Cherating. Nasib baik kereta aku nie berhenti dkt ngan bengkel kereta. Mula2 kita orang xtau nak tidur d mana. Destinasi yang sebenarnya nak pergi ke Dungun. Aku telah call semua org. Akhir sekali, aku telah memintak pertolongan Nusaibah untuk menolong aku. Dia bg tau aku yang pakcik aku bg menumpang tidur rumah dia. Syukur. Kita org betul2 blur xtau nak pergi mana...akhir sekali tidur d umah pakcik sybah d Kijal.

Pd 09-06-2008, aku tumpang sybah pergi ke ofis STS KERTEH. Kereta masih tersadai d Cherating untuk repair. Mood aku nak kerja xde. Risau pasal kereta. Petang tue mekanik telah call aku. Katanya kereta dh siap. Cepat betul....aku call adik aku d Dungun. Dia kata ok utk ambil. Tanpa dia, aku xtau nak g sana naik apa. Dlm pukul 5pm, aku bertolak dr kerteh ke cherating untuk ambil kereta. Ranap duit aku nak bayar. Huhuuhuhuh...janji kereta aku siap. Alhamdulillah.

Aku duduk dkt Terengganu tue dr 08-06-2008 smp 25-06-2008. Lama tue...dekat sana tidak ada benda2 menarik untuk berjalan2. Balik kejer, lepak minum. Itu je rutin aku d Terengganu. Asal je balik dr kerja, aku akan lepak pekena air buah. Mula2 kwn aku order Jus Nangka. Aku rasa mcm pelik je bunyik dia. Dia suruh aku try. Ok lah, aku order lah. Last2, terus melekat smp sekarang. Seeddaaappp~~~!!

Sepanjang pekerja, macam2 dugaan telah berlaku. 1st kereta. 2nd mesin time attendance. 2x mesin scan card rosak. Aku telah install time attendance d Petronas VCM pada 10-06-2008. Dalam tempoh masa tue hanya tempoh percubaan. 14-06-2008 merupakan tarikh sebenar mesin itu akan d gunakan. Yang aku peliknya, sepanjang tempoh percubaan tue xde lak mesin tue nak rosak. 14-06-2008 tue la mesin tue rosak. Wayar putus. Masa tue aku dh smp umah d Dungun. Bos aku panggil untuk repair. Dalam penat2 tue, aku terpaksa patah balik ke Kerteh. Korang bayangkan mcm mana aku nak cari skru sekecil spek mata tue pd waktu malam. Aku blluuuurr!! Nasib baik Abg MAN dr ANZ telah menolong aku. Besar pn besar lah. Janji aku siapkan keje aku. Lepas repair tue aku blk la rumah. Ingatkan pg tue aku nak la bgn lambat. pukul 5pg bos aku panggil lg sekali. Dia ckp mesin tue rosak lg. Aku ingat rosak mcm bekalan elektrik putus. Last korang nak tau apa jd. Putus lg!!!! Aku betul2 tension. Aku rasa ini mesti ada org sabotaj. Abg Man terkejut gak. Pdhal depan mata dia aku repair mesin tue. Huurrmmm...xper lah. aku baiki gak. Sejak dr itu, mesin x rosak dh. Bagguuuusss!!

21-06-2008, lori besar bawak column. Besar giler aku tgk. Ini kalo jatuh, boleh gegar 1 plant tue. Hhuuhuhuh...Dh la besar. Dh tau besar, lori tue jalan tempat banyak wayar. Column itu terlanggar tiang elektrik. 2 tiang jatuh. Giler arrhhh...petang tue lak hujan lebat. Pakej. Aku terpaksa dok dalam kabin smp ke mlm. Hbs lenjun basah baju. Esk paginya aku bgn, bos aku ckp. Mesin rosak lg. Tp kali ni kena sambar petir. Kekekkeke...itu aku xleh buat apa lah. Aku nie bukan Mc Gyver pn. Semua mesin aku nak kena baiki. Last2, aku ckp dkt bos aku. Bnd dh rosak. Xleh nak buat apa.

Aku call Mr Loh dr Autovation Data Sdn Bhd. Tanya la kot2 mesin tue boleh baiki. Dia ckp xde masalah. Mesin under warranty lg. So aku ambil keputusan untuk blk ke KL. Sebelum aku blk ke KL, aku standby apa yg patut. Basuh baju, kemas keta. Keta aku dh mcm lori tanah aku tgk. Kotor. Dh xde rupa kereta.

25-06-2008 aku telah berangkat blk ke KL. Aku bertolak dr Dungun pukul 5pg. Aku g awal sbb nak elak kesesakan d kemaman. Dlm gelap2 tue, aku teruskan perjalanan ke KL. Dalam perjalanan ke KL, ada road block. Aku pk, asal bg2 diorang buat road block. Dh xde keje ke diorang nie. Masa polis tahan aku. Polis tue tgk barang2 d belakang keta aku. Byk beg2. Berterabur. Polis "Byk barang, nak g mana?" Aku menjawap "Balik KL bang". Terus polis tue lepaskan aku. Fuuuhhh..

Ingatkan dh lepas tue leh la masuk tol jabor. Tp aku termasuk ikut kuantan. Adduuhhh!! Silap jalan...pasrah je lah. Aku ikut signboard yang menghala ke tol kuantan. Dh lama aku x g kuantan. Alang2 dh termasuk kuantan tue, aku round2 jp bandar kuantan. Dulu aku pernah tinggal d kuantan. Dkt gambang, batu 3 1/2. Teringan zaman kanak2 d sana.

Lps tue aku terus g tol kuantan. Lps je ambil tiket, mata aku dh berat. Mengantukkk!! Aku bawa keta dengan perlahan. Tp xde la slow sgt eh....boring lak bawa keta sorang2. Xde geng nak berckp. Kalo ada adik aku, leh la mengumpat. Kekekkekee....Aku pasang la lagu kuat2. Menyanyi sorang2. Aku la menyanyi, aku gak la pengkritik. Hahahhaahaha. Akhirnya aku ternmpk RnR Gambang. Aku ambil keputusan untuk berhenti tido. Ingatkan aku nak tido 30min, sekali terlajak ke 1jam. Tp xper, xde benda aku nak keja. Bgn je dr tido, aku terus basuh muka dan beli la makanan sikit.

Aku terus gerak ke KL tanpa henti. Badan dh segar, otak pn segar. Aku bawa keta ngan steady Biar slow, wlpn keta zaman pop ye ye lg laju dr aku, aku ttp ngan kelajuan slow aku. Biar slow, asal selamat. Smp je highway Genting Sepah, ada road block lg. D sbbkan aku x buat apa2 salah. Aku buat biasa gak. Byk keta power2 kena tahan...tue la korang. Tau la byk duit.....tgk mcm aku. Dh tau xde duit. Bawa slow.

Kemudian aku telah ternampak signboard TOL GOMBAK. Aku menarik nafas lega. Akhirnya aku sampai gak. Terpancar kegembiraan d muka aku. Wlpn muka tgh selebet jek. Aku rindukan KL. Lps je dr tol gombak. Aku terus pecut laju. Sbb aku tau dkt area2 nak g umah aku xde polis. Hahahhahaha...aku smp umah tepat pd pukul 10.15pg. Smp je rumah, aku kuarkan semua barang2. Kalo korang tgk barang2 aku, mcm aku lari dr kem tentera jek.

Itu la perjalanan aku d Terengganu. Wlpn aku rindu umah & KL. Hati aku masih teringat dkt org2 terengganu. Aku xkan lupakan staff d sana, wlpn diorang dh berhenti.

Raya Coming Soon

0 comments

Sekarang nie dah puasa yang ke 19. Sekejap je masa berlalu. Aku tidak sabar-sabar nak menantikan raya nie. Sbb CucuNenek ada aktiviti menarik masa raya nanti. Selalunya pada mlm sebelum nak raya, segala jenis mercun akan kita orang akan main. Kui kui kui.

Pada hari raya ke-2 nanti, CucuNenek akan membuat photography untuk BMW Sauber. Kepada CucuNenek yang ada BMW Sauber. Jangan lupa bawa baju. Termasuk lah aku nie. Apa-apa pn, selamat berpuasa kepada semua umat islam

DSLR Canon EOS 1000D

0 comments

Aku baru je beli dlsr kamera pada 29-08-2008. Sebelum nak beli kamera, aku telah survey di setiap forum2. Aku study betul-betul kamera yang aku akan beli dengan budget yang limit. Mula2 nak ambil model Canon EOS 400D, tetapi aku nampak model canon yang baru sahaja keluar. Aku beli dengan harga RM1800++, kamera sahaja. Tidak termasuk aksesori tambahan seperti lens, uv filter dll. Aku beli di FOTO SELANGOR d Pertama Kompleks. Selepas je aku beli kamera, keesokan harinya aku telah pergi ke titiwangsa untuk test kecanggihan kamera ini. Setakat ini aku berpuas hati.

Tujuan utama aku beli kamera ini adalah kerana minat yang mendalam. Aku juga kerap kali menangkap gambar wedding orang. Tetapi masa tue aku hanya menggunakan CANON POWERSHOT S5IS. So sekarang ini dengan ada kamera yang lebih canggih, aku akan gigih menangkap gambar-gambar yang menarik.

Aku sebenarnya telah lama mengidam nak DSLR kamera. Syukur alhamdulillah aku sudah dapat mencapainya. Terima kasih kepada yang sudi membantu.

1st Time

1 comments

Akhirnya aku berjaya buka blog baru. Terima kasih kepada Kak Zu. Hehehhehe