Setelah kedengaran pelbagai ura-ura berkenaan dengan telefon PlayStation daripada Sony, kini akhirnya, pihak Sony Ericsson sendiri telah mengumumkan dan memperkenalkan perantian tersebut kepada umum di pentas Mobile World Congress yang berlangsung hari ini.
Telefon PlayStation, ataupun yang mana dikenali sebagai Xperia Play ini menggunakan sistem operasi Android 2.3 Gingerbread, dan pada masa yang sama, ianya diintegrasikan bersama-sama dengan perisian daripada Sony sendiri, iaitu Sony PlayStation Suite untuk membolehkan para pengemar permainan menikmati permainan pada telefon pintar mereka.
Dari segi spesifikasi, Xperia Play membawakan cip 1Ghz Snapdragon, memori 512MB RAM, kamera 5-megapixel dibelakang, dan kamera hadapan untuk panggilan video. Xperia Play menggunakan skrin seluas 4-inch yang membawakan resolusi 480×854 pixel, membolehkan penggunanya menikmati permainan dengan mudah dimana-mana sahaja. Xperia Play dijangka akan mula dijual bermula bulan Mac ini.
Izzuddin & Ain
11 years ago
0 comments:
Post a Comment