Ini ialah Tropical Islands Resort, sebuah taman tema air tropika tertutup yang terletak di Berlin. Ianya dulu sebuah hangar untuk kapal udara sebelum diubah suai. Hangar yang sebesar 1,181 fkaki panjang, 688 kaki lebar dan 351 kaki tinggi ini kemudian dibeli oleh syarikat Tanjong. Aku tak berapa pasti tapi ada orang cakap pemiliknya ialah Ananda Krishan. Anyway setelah membeli hangar ini dengan harga 17 juta Euros, ianya kini dilengkapi "laut" sebesar 3000 kaki persegi dan pantai buatan manusia sepanjang 600 kaki. Ianya juga ditanam dengan 50 000 jenis pokok dari 600 spesis yang dimport. Bagi memudahkan pengunjung untuk mandi matahari, kulit besi asal hangar ditukar dengan permukaan lutcahaya seluas 20 000 kaki persegi. Suhu dalaman pula dikekalkan stabil pada 25 darjah selsius. Sejak dibuka pada tahun 2004 ianya sudah dikunjungi sebanyak 900 000 kali. Tiket dijual pada harga Euro 25 untuk dewasa dan Euro 19.50 untuk remaja berumur 4-14 tahun.
Di German tapi milik syarikat Malaysia!
Izzuddin & Ain
11 years ago
0 comments:
Post a Comment