Monday, December 27, 2010

Malaysia 3 Indonesia 0

0 comments

GOAL 1



GOAL 2



GOAL 3

Sunday, December 26, 2010

Wad bersalin bertema Hello Kitty

0 comments

Cute dan kreatif betul wad salin bertema hello kitty ni..hu hu. Ada sapa? nak cuba bersalin kat sini..






Saturday, December 25, 2010

Hangar Kapal Udara Menjadi Taman Tropika Tertutup

0 comments

Ini ialah Tropical Islands Resort, sebuah taman tema air tropika tertutup yang terletak di Berlin. Ianya dulu sebuah hangar untuk kapal udara sebelum diubah suai. Hangar yang sebesar 1,181 fkaki panjang, 688 kaki lebar dan 351 kaki tinggi ini kemudian dibeli oleh syarikat Tanjong. Aku tak berapa pasti tapi ada orang cakap pemiliknya ialah Ananda Krishan. Anyway setelah membeli hangar ini dengan harga 17 juta Euros, ianya kini dilengkapi "laut" sebesar 3000 kaki persegi dan pantai buatan manusia sepanjang 600 kaki. Ianya juga ditanam dengan 50 000 jenis pokok dari 600 spesis yang dimport. Bagi memudahkan pengunjung untuk mandi matahari, kulit besi asal hangar ditukar dengan permukaan lutcahaya seluas 20 000 kaki persegi. Suhu dalaman pula dikekalkan stabil pada 25 darjah selsius. Sejak dibuka pada tahun 2004 ianya sudah dikunjungi sebanyak 900 000 kali. Tiket dijual pada harga Euro 25 untuk dewasa dan Euro 19.50 untuk remaja berumur 4-14 tahun.






Di German tapi milik syarikat Malaysia!

Proton Persona dijadikan kereta Polis di UK..

0 comments

Thursday, December 23, 2010

Gambar Kereta Terbaru PDRM – Kia Forte

0 comments





Thursday, December 16, 2010

Cara Berurusan Dengan Manusia Yang Suka Potong Line

0 comments

Sila tiru dan buat sebijik!

Gua hangin bila ada makcik potong line. Lepas dah potong buat muka taik macam tak bersalah

"Makcik nak cepat nak .. tolonglah!"

Apa makcik ingat makcik sorang ke nak cepat? Next time kalau lu orang jumpa binatang macam ni sila tiru apa yang ditunjukkan dalam video ni. Pure PWNAGE and WINRAR

Monday, December 13, 2010

Kitar Semula Buku-Buku Lama

0 comments





Setiap tahun ribuan buku dibuang dari perpustakaan kerana sudah outdated. Ada diantara buku ini boleh dibeli di kedai buku lelongan. Macam aku suka pergi ke tempat jualan buku murah to find these outdated books. A few months back aku jumpa buku yang sudah kena buang "California Board of Education" dijual RM1 senaskah disebuah kedai buku terpakai. Buku zaman fifties. Cool jugak la.

Di perpustakaan Delft University of Technology, buku yang sudah oudated disusun menjadi kounter bekerja para perpustakawan. Cool eh? Tapi sebagai pecinta buku aku rasa sedih bila tengok banyak buku yang dah tak boleh dipakai lagi kini hanya mampu menjadi meja.

Wednesday, December 8, 2010

Tips Wangikan Kereta Anda

0 comments

Tuesday, November 30, 2010

Overtime

0 comments

Cerita Hantu Pendek

0 comments

Instrumen muzik dari paip PVC

0 comments




-Office Theme Song
-Linus and Lucy
-Turkish March
-Mario Brothers Theme
-In the Hall of the Mountain King
-Bad Romance
-Viva La Vida
-Like a Virgin
-Crazy Train
-Harder, Better, Faster, Stronger
-James Bond Theme
-Pirates of the Caribbean Theme
-The Final Countdown (featuring my friend, Quin)

Friday, November 26, 2010

Muzium Zayed Abu Dhabi

0 comments





Ini ialah konsep Muzium Zayed di Abu Dhabi rekaan Foster's and Partners. Ianya berkonsepkan sayap burung. Apa yang anda lihat kelihatan seperti kubah Sydney Opera house itu sebenarnya berfungsi sebagai sirip penyejuk yang menyalurkan udara sejuk ke ruang muzium. Muzium yang dinamakan sempena pengasas Abu Dhabi Syed Zayed Al Nahyan ini bakal dibina di Pulau Saadiyat.

Wednesday, November 10, 2010

Makanan Dan Perbelanjaan Mingguan Keluarga Seluruh Dunia

0 comments





Monday, October 11, 2010

Kegilaan Orang Arab Dengan Nombor Plat

0 comments

Ok kita semua can agree that orang arab ni gila. Tapi aku tak pernah terfikir yang diorang segila babi macam dalam video ni. Dibawah ialah aksi lelongan plat number termahal didunia di Abu Dhabi. Nombor yang menjadi idalam disana ialah plat nombor "1"

Cuba teka berapa pak arab bayar untuk nombor pendaftaran ini? What if I say they paid 53.2 Juta Dirham? Gila tak?

Lek lek jangan emo. Wang hasil lelongan digunakan bagi tujuan charity. Dah jangan jeles. Tapi bila pikir macam bodoh. Plat number lagi mahal dari harga kereta derang.

MARIO

0 comments


Ahli Silap Mata Terbaik

0 comments

Censored Gaya Arab - Mariah Carey

0 comments





5 Aksi Hampir Mati Tapi Tak Mati

0 comments

Jika Twitter Wujud Sejak Dulu Kala

0 comments






Terselamat Walau Melambung 40 Kaki

0 comments

Kenapa Clark Kent Tak Patut Ada Facebook

0 comments

Korang Boleh Buat Ke??

0 comments

Ketahui Hak Anda Bila Ditahan Polis

0 comments

1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS

1.1 Tidak Berpakaian Seragam, Minta Pengenalan Diri

Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; “Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda.”

1.2 Kad Kuasa Polis

Merah : Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ.

Lain-lain Warna :
Biru : Berpangkat Inspektor dan ke atas.
Kuning : Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor.
Putih : Polis Simpanan

Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya.

1.3 Berpakaian seragam

Ambil perhatian nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya.

1.4 Kenderaan Peronda Polis

Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda berkenaan.


2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN

2.1 PengenaIan Diri

Hanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda.

2.2 Polis bertanyakan soalan-soalan lain

Tanya dengan sopan, "Adakah saya sedang ditangkap?"

2.3 Adakah anda sedang ditangkap

Anda sedang ditangkap jika Polis:
menjawab "ya"; tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke Balai Polis; atau
menggari anda.

Jika anda tidak ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta.

2.4 Bilakah anda tidak boleh ditangkap

Polis tidak boleh menangkap anda semata-mata kerana anda berpotensi sebagai saksi dan mereka mahu mengambil pernyataan daripada anda (Pernyataan 112/Saksi).


3. SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS TANPA TANGKAPAN

3.1 Pernyataan 112

Semasa pihak Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sesuatu kes dan berpendapat anda mempunyai maklumat/pengetahuan tentang kes tersebut, pihak Polis boleh menyoal siasat anda dan
mencatat semua jawapan anda (Pernyataan 112).

3.2 Permintaan Rasmi / Tidak Rasmi

Kebiasaannya, Polis membuat permintaan tidak rasmi supaya anda memberikan Pernyataan 112. Jika tempat dan masa sesuai bagi anda,anda boleh bekerjasama. Jika tidak, beritahu Polis anda akan bekerjasama di tempat dan pada masa yang sesuai. Jika anda menolak untuk bekerjasama, Polis boleh mengeluarkan arahan rasmi secara bertulis, ditandatangani oleh seorang Pegawai Penyiasat (Pegawai Polis)mengkehendaki anda untuk bekerjasama. Jika anda tidak mematuhi Arahan Polis tersebut, anda tidak boleh ditangkap. Walau bagaimanapun, ia adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan satu waran terhada anda mendesak anda supaya bekerjasama.


3.3 Membuat Pernyataan 112

Semasa membuat Pernyataan 112, anda boleh menolak untuk menjawab mana-mana soalan/berdiam diri jika jawapannya mungkin mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah.
Bawa bersama anda buku catatan atau kertas tulis (Nota Peribadi).
Catatkan dalam Nota Peribadi anda semua soalan yang ditanyakan.
Pastikan bahawa anda faham setiap soalan yang ditanyakan.
Ambil masa anda dan fikir dengan teliti sebelum menulis jawapan didalam Nota Peribadi anda.
Bacakan jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda.
Simpan Nota Peribadi anda sebagai rujukan di masa hadapan.
3.4 Menandatangani Pernyataan 112 anda

Sebelum menandatangani Pernyataan anda, baca dengan teliti semua soalan dan jawapan anda yang ditulis oleh Pegawai Polis yang berkenaan.
Bandingkan Pernyataan yang anda akan tandatangani dengan Nota Peribadi anda.
Anda berhak membuat pembetulan/pindaan ke atas Pernyataan tersebut sebelum ditandatangani.
Turunkan tandatangan betul-betul di bawah ayat terakhir pernyataan anda.

4. POLIS MENANGKAP ANDA


4.1 Tanya: "Mengapa saya ditangkap?"

Sesuatu tangkapan menjadi tidak sah jika anda tidak diberitahu alasan tangkapan.

4.2 Jangan melawan semasa ditangkap

Polis mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan yang munasabah semasa menangkap anda jika anda melawan.

4.3 Tanya: "Balai Polis manakah saya akan dibawa?"

Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan mestilah dengan segera membawa anda ke Balai Polis yang berdekatan dan bukan sebaliknya.

4.4 Apa yang perlu anda lakukan apabila ditangkap

Anda mempunyai hak untuk membuat satu panggilan telefon kepada:
Keluarga atau rakan; dan/atau
Seorang peguam.
Anda juga bolah menghubungi Pusat Bantuan Guaman (LAC).

Maklumkan kepada mereka:
yang anda telah ditangkap;
masa, tempat dan alasan ditangkap;
Balai Polis di mana anda dibawa.

4.5 Apa yang akan berlaku selepas ditangkap

Anda boleh ditahan sehingga 24 jam
Di Balai Polis, atau
Di dalam lokap untuk "membantu" penyiasatan Polis.


5. HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANAN

5.1 Hak untuk berunding dengan seorang peguam

Sebaik sahaja anda meminta kehadiran seorang peguam, anda mempunyai hak untuk berunding dengan peguam berkenaan di Balai Polis. Pihak Polis mestilah memberikan kemudahan-kemudahan yang
munasabah dan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan berbincang dengan peguam berkenaan. Pihak Polis bagaimanapun boleh menafikan hak ini, jika kelengahan dalam menyoalsiasat anda boleh menyebabkan berlakunya jenayah lain atau menyebabkan bahaya kepada pihak lain.

5.2 Pakaian

Anda dibenarkan mempunyai satu set pakaian bersama anda semasa di dalam lokap.

5.3 Barangan peribadi

Pihak Polis mestilah merekodkan semua barangan peribadi anda dan meletakkannya dalam simpanan selamat. Barangan peribadi anda mesti dipulangkan kepada anda sebaik sahaja dibebaskan.

5.4 Kebajikan

Anda dibenarkan mandi dua kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda berhak mendapat rawatan perubatan dengan serta-merta. Anda sepatutnya diberikan makanan dan minuman yang wajar dan secukupnya semasa dalam tahanan.

5.5 Berapa lamakah pihak Polis boleh menahan anda

Pihak Polis hanya boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk siasatan. Tugas Polis adalah untuk menyelesaikan penyiasatan dalam masa 24 jam dan melepaskan anda dengan segera. Jika pihak
Polis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam,Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh penahanan anda melebihi 24 jam (Perintah Reman).


6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM


6.1 Siapakah Majistret

Majistret ialah seorang pegawai kehakiman yang mempunyai kuasa untuk membuat Perintah Reman bagi menahan anda lebih daripada 24 jam.

6.2 Tujuan Perintah Reman

Untuk memberi lebih masa kepada Polis untuk melengkapkan penyiasatan dan memutuskan sama ada terdapat bukti untuk mendakwa anda atas satu-satu kesalahan. Pihak Polis tidak boleh memohon Perintah Reman hanya untuk mengambil Pernyataan daripada anda.

6.3 Berapa lamakah Perintah Reman

Apabila pihak Polis membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk memohon Perintah Reman, pihak Polis perlu memberikan alasan kepada Majistret mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam.
Tugas Majistret adalah untuk menimbangkan secara berhati-hati alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Polis.

Majistret berkenaan mempunyai budi bicara:
untuk tidak membenarkan Perintah Reman dan seterusnya melepaskan anda; atau
membenarkan Perintah Reman untuk satu tempoh yang lebih pendek daripada yang dipohon oleh pihak Polis.
Seorang Majistret mempunyai kuasa untuk membenarkan Perintah Reman tidak melebihi 4 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.

Pihak Polis boleh memohon Perintah Reman kedua selepas tamatnya Perintah Reman pertama. Majistret boleh membenarkan Perintah Reman kedua untuk tempoh tidak melebihi 3 hari atau 7 hari
bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.

6.4 Apa yang perlu anda katakan ketika anda dibawa di hadapan seorang Majistret untuk proses reman

Maklumkan kepada Majistret:
anda mahu diwakili oleh seorang peguam dan anda mahu menghubungi peguam, pusat bantuan guaman dan keluarga anda;
jika anda mahukan rawatan perubatan kerana anda sakit atau telah dipukul;
jika pihak Polis telah mengugut atau memukul anda semasa dalam tahanan;
jika anda telah tidak diberikan makanan/minuman/pakaian atau perubatan yang wajar dan mencukupi semasa dalam tahanan;
sama ada pernah ditahan sebaik sebelum penahanan terkini anda;
sama ada pihak Polis telah menjalankan apa-apa penyiasatan semasa anda dalam tahanan

6.5 Mohon supaya Majistret memberikan Perintah Reman yang singkat

Sebelum Majistret berkenaan membuat Perintah Reman, mohon tempoh reman yang lebih singkat daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Beri alasan (sebagai contohnya: "saya akan bekerjasama
dengan polis dalam siasatan mereka", "saya boleh dihubungi bila-bila masa dan tidak akan melarikan diri" dll).


7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TANGKAPAN

7.1 Bilakah ianya boleh dilakukan

Jika anda berada di satu-satu tempat (contohnya: disko/karaoke/pusat-pusat hiburan) di mana Polis menjalankan serbuan untuk mencari sesuatu (contohnya: dadah), pihak Polis boleh menahan dan
memeriksa anda jika mereka berpendapat anda mempunyai atau sedang menyembunyikan barang yang sedang dicari itu. Ini hanya boleh dilakukan dengan kehadiran seorang Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan ke atas.

7.2 Apa yang perlu dilakukan
Jangan benarkan Pegawai Polis berkenaan memasukkan tangannya ke dalam pakaian anda atau kocek/saku anda.
Jika anda diminta untuk mengeluarkan barangan peribadi anda satu persatu, setiap kali sebut "dompet", "kunci", "Kad Pengenalan" dll.
Apabila kocek/saku/beg anda telah dikosongkan, terbalikkan kocek/saku/beg anda.

7.3 Hak-hak anda
Semua pemeriksaan badan mestilah dijalankan secara profesionaldan sopan.
Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita.
Jika anda dipaksa/diugut untuk berbogel:
Bantah;
Ingat nama Pegawai Polis tersebut; dan
Buat laporan Polis selepas insiden tersebut.
8. PEMERIKSAAN BADAN SELEPAS TANGKAPAN BERLAKU


8.1 Bila Polis boleh berbuat demikian
Polis secara munasabah mengesyaki bahawa anda mempunyai bukti/keterangan berhubung kesalahan yang disyaki.
Anda ditangkap.
Pemeriksaan badan mestilah dijalankan di tempat tertutup. Anda mempunyai hak untuk diperiksa badan di tempat tertutup.

8.2 Jenis-jenis Pemeriksaan Badan

Undang-undang membenarkan Polis melakukan 4 jenis pemeriksaan badan:-

1. Pemeriksaan secara menepuk badan dari atas ke bawah

- pemeriksaan pakaian luaran.

2. Pemeriksaan tanpa pakaian - untuk mencari bukti, objek, barang terlarang atau senjata. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran seorang pegawai berpangkat Inspektor dan ke atas.

3. Pemeriksaan sulit - selain daripada mencari di dalam mulut, hidung dan telinga. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran pegawai berpangkat Penolong Penguasa (ASP) dan ke atas.

4. Pemeriksaan dalaman - untuk menentukan kewujudan objek-objek dll. di dalam badan. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran Ketua Polis Daerah (OCPD). Hendaklah dijalankan oleh seorang Pegawai Perubatan atau Pegawai Perubatan Kerajaan.


8.3 Hak anda
Semua pemeriksaan badan mesti dijalankan secara profesional dan sopan.
Anda dinasihatkan supaya meminta ditemani oleh peguam andasemasa pemeriksaan dilakukan.
Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita

9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITANGKAP


9.1 Kenal pasti Pegawai Polis yang menyoal siasat anda

Ambil perhatian nama/pangkat Pegawai Polis yang menyoal siasat anda.

9.2 Hak anda untuk berdiam diri

Polis lazimnya akan beramah mesra terlebih dahulu (contohnya: bertanyakan tentang keluarga dan rakan-rakan anda dll.) Anda hanya perlu memberikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan anda
(Maklumat-Maklumat Peribadi). Selain Maklumat-Maklumat Peribadi,anda berhak memilih untuk berdiam diri. Anda harus bersopan. Anda tidak perlu takut untuk berdiam diri. Ini adalah hak anda. Jika anda
memilih untuk berdiam diri, katakan, "Saya ingin menggunakan hak saya untuk berdiam diri."

9.3 Pernyataan 112 anda semasa dalam penyiasatan

Pihak Polis akan bertanyakan soalan-soalan kepada anda dan kemudian mencatatkan semua jawapan anda. Polis tidak bolehmengugut atau memaksa anda untuk memberi Pernyataan. Jika anda diugut, dipukul atau dipaksa, buat satu laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan dengan segera. Ini adalah hak anda.


9.4 Pernyataan 112 tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti

Secara amnya, apa jua Pernyataan yang anda buat kepada Polis semasa soal-siasat tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti kecuali jika anda dituduh atas kesalahan-kesalahan di bawah, sebagai contoh, Akta Dadah Berbahaya, Akta Culik dan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Walau bagaimanapun anda boleh menggunakan Pernyataan anda untuk menyokong pembelaan anda semasa perbicaraan.

PUSAT BANTUAN GUAMAN / LEGAL AID CENTRES (LAC)

• Kuala Lumpur : 03-2691 3005 / 03-2693 2072
• Selangor : 03-5510 7007 / 03-3281 2428
• Negeri Sembilan : 06-6013 844
• Melaka : 06-2845 519 / 06-2864 514
• Johor : 07-2235 698
• Perak : 05-2550 523
• Kedah & Perlis : 04-7333 467
• Kelantan : 04-7448 660
• Pahang : 09-5159 244 / 09-2969 410
• Pulau Pinang : 04-2617 451/ 04-3108 451

Sunday, September 5, 2010

Si cilik Ardi sudah berhenti rokok

0 comments







JAKARTA - Seorang budak lelaki di Sumatera, Indonesia berusia dua tahun, Ardi Rizal (gambar) yang mengejutkan dunia kerana menghisap 40 batang rokok sehari, akhirnya dapat menghentikan tabiatnya itu, kata seorang pegawai kebajikan kelmarin.

Dia berjaya meninggalkan tabiatnya itu selepas mendapat rawatan rapi di sebuah hospital di sini sejak Julai lalu dengan ditemani ibunya.

Sebelum ini klip video yang menunjukkan kanak-kanak itu menghisap rokok disiarkan di Internet pada Mei lalu.

"Dia tidak lagi merokok dan paling penting, dia tidak meminta rokok," kata Setiausaha Agung sebuah agensi perlindungan kanak-kanak, Arist Merdeka Sirait.

Arist memberitahu Ardi gembira apabila dia dapat kembali semula ke kampung kerana dia amat merindui bapanya.

Ardi mula merokok sejak berusia enam bulan selepas dia diberikan bapanya sebatang rokok yang pertama. - AFP

Sunday, August 15, 2010

Pontianak Lepqr Hilir

0 comments

Hulk Versi Bangla

0 comments

Tuesday, August 3, 2010

Asal Usul Mencarut

0 comments

Blind Date

0 comments

Jam Bercakap

0 comments

Seorang budak punk mengajak kawannya datang ke rumah barunya. Dengan bangga dia menunjukkan ruang2 bilik dan hiasan rumahnya itu. Mereka berhenti di sebuah gong tembaga yang besar dan kelihatan menarik dan antik.

Kawannya bertanya, "apa benda ni? Kau budak punk pun boleh minat dengan dikir barat ke?"

"Menarik kan?" Jawab budak punk itu. "Ini bukan alat muzik lah bro. Ini jam bercakap."

"Jam bercakap?! Fuyohh! Bro, macam mana ia beroperasi? Sekarang pukul berapa, cuba kau demo sikit."

"Demo? Kau serius? Ok, tengok ni," kata budak punk itu lalu mengangkat gendang besi yg kelihatan berat sambil menghayun kuat menghentam ke tengah2 gong itu yg terus mengeluarkan bunyi yang kuat bagaikan boleh memecahkan gegendang telinga.

Tiba2 terdengar jeritan di sebalik tembok rumah sebelah, "Hoi!!! Kau dah tebiat nak mampus ke apa hah?!!! Dah pukul 2 pg lah biul. Tak tahu nak tidur ke?!!Sewel punya budak!"

"Ah! Dah pukul 2 pagi daaah," jelas budak punk itu.
Kawan dia cuma garuk kepala masih blur dan terkedu lagi nak cakap apa2.

Ayah!!!!

0 comments

Post Last Edit by bacteria82 at 2-8-2010 20:30


Izwan diperintahkan ayahnya pergi masuk ke dalam bilik untuk tidur kerana hari sudah larut malam.Lima minit kemudian
Izwan berteriak:"Ayaaaaahh!!"
Ayah:"ada apa?"
Izwan:"Iwan haus la ayah.tolong bawakan air boleh x"
Ayah:pergilah ambil sendiri,ayah tengah baca srt khabar"

Lima minit kemudian

Izwan:"Ayaaahh!!
Ayah:ada apa lagi!!!"
Izwan:"Iwan haus.tolonglah bawakan air"
Ayah:"kan ayah dah cakap pergi ambil sendiri!kalau Iwan menjerit lg panggil ayah untuk bawakan air,ayah dtg dan pukul Iwan nnti!!"

Lima minit kemudian.

Izwan:"Ayaaaahhh!!"
Ayah:"APA!!!"
Izwan:"kalau ayah datang nk pukul Iwan ayah bawakkan air sekali ya.."
Ayah:!@##$%#$

Sunday, July 25, 2010

Iklan Keju

0 comments

Friday, July 16, 2010

Kenangan Maradonna

0 comments

Sotong Ramal Jerman Kalah

0 comments

Skuad Bola England Terbaru

0 comments

Kesihan suami tertipu..isterinya selamba

1 comments