Sblm aku nak tido nie. Aku ingin mengucapkan tahniah la dkt kazen aku Afiq kerana telah terpilih untuk membuat praktikal d BASF Frankfurt, Germany. Kita org bergerak dr umah aku slps maghrib. Dlm kul 7.45pm. Isi minyak. Jalan dh la jem. So terpaksa la ikut highway ke Jalan Tun Razak. Pastu dr Tun Razak masuk highway baru ke Putrajaya. Kita org konvoi 3 kereta. Mini Cooper, Waja n Kancil. Aku naik kancil ngan adik2 aku. Lenjan keta shiela. Hahahaahhaha...
Perjalanan xde la jauh sgt. Dh ada highway baru terasa dkt sikit. Shiela n jannah yang naik waja g lalu Tol Sg Besi. Apa daaa.....
Sampai je KLIA, dh ramai yg berkumpul. Family Afiq, Nenek, Mak Lang, Cik Pidah. Ramai gak arrghh..aku tercari2 mana la si Afiq nie. Rupa2nya dia tgh nak check in. Aku g dkt dia. Mcm biasa salam.
Kalau kazen2 aku dh berkumpul. Mcm biasa la...huru hara KLIA kita org buat. Mcm buat rumah sendiri lak. Aku lak bawa kamera. Apa lg. Diorang nie pantang. Pantang jumpa kamera. Mcm2 hal korang nie. Huhuhuhuhu....
Penerbangan Afiq ke Frankfurt Germany terpaksa delay selama 30min. Aku berbangga dengan Afiq. Dia bekerja keras untuk pergi ke Germany. Bukan calang2 orang yg leh dpt g sana. Afiq bukan memohon scolarship Petronas. Dia agak bertuah terpilih. Tahniah Afiq.
Kita ucapkan selamat jalan kepada Afiq. Semoga perjalanan kamu d sana sentiasa selamat. Jaga diri kamu d sana k. Jgn lupa kita org dkt sini. Ingat, CucuNenek ttp akan bersama selama2nya.
Saturday, November 29, 2008
[Pict] Auf Wiedersehen (GoodBye) Afiq 28-11-2008
0 commentsPosted by Unknown at 1:25 AM
Monday, November 24, 2008
Selamat Tinggal Science-Tech Solutions Sdn Bhd
2 commentsHari nie 24-11-2008 aku akan menamatkan perkhidmatan sebagai IT PROJECT ASSISTANT d SCIENCE-TECH SOLUTIONS SDN BHD (www.stscompanies.com). Aku mula join STS nie start 04-11-2006 smp 24-11-2008. Genap 2 tahun gak la. Aku suka company nie sbb relationship staff. Aku dh anggap mcm 1 family. Seronok sgt.
Macam2 tempat aku dh g masa keje ngan STS. 1st time nak lancarkan SERMS (http://stskl.no-ip.org). Mula2 g STS Melaka --> STS Kuantan --> STS Terengganu --> STS Kedah. Masa tue aku g dengan Urwah & Muzamiel. Kitaorg g ngan 3 org. Kitaorg gak la 3org IT d STS.
Selain itu, aku dh g Petronas Methanol Labuan, Sabah (Ogos 2007 ) & Vinyl Chloride Malaysia Terengganu (June 2008). Banyak pengalaman yang aku tempuhi, mcm2 orang yang aku jumpa. Aku g masuk dalam plant pn sbb nak pasang Time Attendance. Nak rekod semua pekerja yang kerja masa tue.
Dalam pertengan bulan 3. Leader IT (urwah) berundur dr STS. Pastu muzamiel berhenti dalam bulan 10. Tinggal la aku sorang. Aku rindukan group2 IT aku. Tanpa diorang aku xkan jd seorang technician. Diorang la byk membantu aku. Aku sedih ramai staff STS dh berhenti. Bayangkan korang hilang family. Sikit demi sedikit. Mcm tue la aku rasa. Tp aku tetap ingat korang semua. Biar pn korang dh duduk lain bumbung. Janji hubungan kita akan kekal selama2nya. Chhheewaahh...dlm sedih adalak jiwangnya. Hahhahahaa.
Lps muzamiel dh berhenti. Ttibe aku pn mengambil keputusan untuk sambung belajar. Dr aku sorang2 dkt sini. Baik aku tuntut ilmu. Mula2 aku rahsia benda nie. Tp aku bg tau la dkt member2 opis. Tp sikit demi sikit org tau. Hanya org KL je tau hal ini. Pasti sapa yang dh baca blog nie, akan tau la aku dh tiada d STS nie.
Sebulan sblm aku nak berhenti, aku byk outstation d MLK. Settlekan problem PC-PC & scan card dkt sana. Lps nie aku dh xdpt check semua tue. Hurrrmm....
Setakat ini lah aku menaip. Byk benda aku nak taip. Tp aku xnak buat diri aku bersedih. Apa-apa pn, aku nak memohon 10 jari meminta maaf kepada semua staff2 STS. Korang ttp d hati aku. Aku akan simpan kenangan ini smp bila2. Kepada kak zu, lps ini saya dh xleh nak angkat phone untuk kak zu, x blh turun ke B1 untuk buang sampah, x blh berborak sama2, pasnie sy xleh nak pasang lagu dlm opis dh. Lagu terakhir yang kak zu dr laptop saya KAMIKAZE - LUHUR. Saya sedih bila dgr lagu tue kak zu. Sbb tue saya stop lagu tue.
Tepat pukul 5.30pm hari ini. Aku dh tidak bersama dengan STS. Apa2 pn, aku harap korang success bekerja. I LOVE U ALL!!!!
Jaga diri korang semua k. Assalamualaikum. Salam terakhir dr aku kepada semua staff STS.
Posted by Unknown at 12:05 PM
Wednesday, November 19, 2008
Thursday, November 13, 2008
Berapa MP Kamera Korang???!!
0 commentsUMUM mengetahui megapiksel merupakan salah satu faktor penting yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli sebuah kamera digital. Namun hari ini, ia mungkin tidak lagi relevan.
Mungkin kenyataan ini agak mengelirukan kerana selama ini kebanyakan orang menganggap ia merupakan kriteria utama yang perlu diberi perhatian kerana ia merupakan penunjuk kemampuan menghasilkan gambar berkualiti sesebuah kamera digital. Benarkah megapiksel tidak lagi relevan pada hari ini? Teruskan membaca!
Megapiksel merupakan unit ukuran yang menentukan berapa banyak piksel atau elemen gambar yang boleh dimuatkan ke dalam sensor sesebuah kamera. Satu megapiksel bersamaan dengan 1 juta piksel.
Tahukah anda bahawa anda hanya memerlukan kamera dengan tiga megapiksel untuk mencetak gambar berukuran standard 4R? Untuk mencetak gambar bersaiz 8R pula, anda hanya memerlukan sebanyak 8 megapiksel. Sekiranya kamera anda mempunyai megapiksel yang tidak mencukupi dan anda cuba untuk mencetak gambar berukuran besar, kualiti cetakannya tidak akan menarik iaitu gambar akan kelihatan sedikit kabur.
Industri fotografi digital hari ini yang memperlihatkan persaingan hebat di antara pengeluar kamera gergasi telah menyebabkan peningkatan megapiksel pada kamera kompak dan tidak lagi hanya tertumpu pada kamera prosumer mahupun DSLR.
Kebanyakan kamera kompak hari ini mempunyai sekurang-kurangnya 8-Megapiksel. Dalam persaingan digital ini, Canon telah memperkenalkan produk 'cili padi' mereka yang mencecah 14.7 megapiksel, sesuatu yang tidak pernah terlintas di kotak fikiran kita lima tahun yang lalu!.
Oleh itu, apabila memilih kamera kompak yang mana untuk dimiliki, megapiksel bukanlah sesuatu yang perlu terlalu dititikberatkan. Apa yang perlu diberikan keutamaan hari ini ialah saiz sensor sesebuah kamera. Semakin besar sensor sesebuah kamera itu, semakin baik kualiti gambar yang mampu dihasilkan.
Semakin besar sensor bermakna semakin banyak cahaya dan semakin banyak cahaya dapat diambil oleh sesebuah kamera, semakin baik warna dan kontrasnya. Dengan sensor bersaiz besar, gambar yang diambil di dalam bangunan tanpa lampu limpah (flash) akan kelihatan lebih berkualiti berbanding kamera yang mempunyai sensor yang lebih kecil.
Malangnya, kamera kompak tidak mampu memuatkan sensor yang besar kerana ia perlu kekal kecil, padat dan mudah dibawa. Saiz sensor pada kamera kompak boleh menjadi lebih kecil daripada kuku jari kelingking manusia.
Ini adalah penyebab utama mengapa kamera kompak sukar menghasilkan gambar yang berkualiti dalam keadaan yang kurang cahaya tanpa penggunaan flash. Bagi mengetahui saiz sensor sesebuah kamera, anda boleh memeriksa butiran pada manual kamera. Ia lazimnya dirujuk sebagai CMOS, CCD, elemen pengimejan atau sensor imej, tetapi tidak boleh lari dengan bacaan ukuran seperti 1/2.7 inci, yang merujuk kepada saiz sensornya.
Sebagai perbandingan, kamera Digital SLR profesional mempunyai sensor yang besarnya sehingga 30 kali ganda berbanding kamera kompak. Tidak hairanlah saiznya juga jauh lebih besar berbanding kamera biasa.
Ironinya, kaedah penyelesaian bagi mempertingkatkan kualiti foto pada kamera kompak ialah dengan cara mengurangkan bilangan megapikselnya. Dengan bilangan megapiksel yang kurang bermakna setiap piksel di dalam sensor kini boleh mendapat lebih cahaya sekali gus meningkatkan kualiti gambar.
Namun ini tidak bererti industri kamera digital akan menghentikan perlumbaan megapiksel ini. Seperti mana pengguna menilai prestasi sesebuah komputer berdasarkan Gigahertz (GHz), membandingkan megapiksel merupakan kaedah termudah untuk si penjual membandingkan kemampuan kamera mereka dengan kamera pengeluar lain.
Untuk menyedarkan pengguna akan kenyataan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan usaha, masa dan wang ringgit. Hakikatnya, inilah kebenaran di sebalik mitos megapiksel.
Posted by Unknown at 8:38 AM
Wednesday, November 12, 2008
Download Firewalls Software
0 commentsPosted by Unknown at 7:13 PM
Wednesday, November 5, 2008
Belajar Dari Beruk
0 commentsKepada sesiapa yang tak sayang anak tu, belajar dari peristiwa beruk ni..bergadai nyawa untuk menyelamatkan anaknya dari gangguan anjing liar.
Posted by Unknown at 11:34 AM
Lawak 1
0 comments(1) PUKUL BERAPA BUKA?
Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang pustakawan berdering.
"Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang pemuda di hujung talian bertanya.
"Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelifon saya tengah malam buta nie?" tanya pustakawan tadi.
"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa.
"TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab dengan nada yang tinggi.
"Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?".
"Siapa kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal,
"SAYA MAU KELUAR!"
Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga.
Pembeli: "Bang, berapa harga mangga sekilo?"
Peniaga: "RM7!"
Pembeli: "Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la!"
Peniaga: "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!"
Pembeli: "Kalau tak manis, macam mana bang?"
Peniaga: "Kalau tak manis, tak payah bayar!"
Pembeli: "Kalau macam tu, beri saya yang tak manis 10 kilo!"
Posted by Unknown at 11:24 AM
Monday, November 3, 2008
Berakhirnya Syawal
0 commentsAlhamdulillah. Genaplah sebulan syawal kita beraya. Mcm mana ngan raya korang?? Raya tahun nie meriah gak arr...aku x g banyak openhouse. 2 rumah je kot. Sejak xde kereta nie. Aku ssh nak bergerak. Ramai gak org invite aku. Aku cuma g 2-3 rumah je. Yang lain tue aku minta maaf la eh sbb xdpt g.
Posted by Unknown at 1:10 PM
Saturday, November 1, 2008
[Pict] STS Melaka OpenHouse
0 comments29-10-2008 STS branch Melaka telah buat openhouse pd hari tersebut. Mula2 nak gerak dr KL ke MLK dlm kul 9pg. Ttapi ada sedikit masalah untuk gerak ke Melaka. Dlm kul 12.30pm aku gerak dr KL ke Melaka. Aku gerak ngan hanif. Kwn 1 opis. Tp sblm nak ke Melaka, aku kena singgah ke Bangi. Untuk ambil En Jalil. Dlm kul 1.15pm aku telah smp ke bangi. Smp je bangi, aku tunaikan solat zohor dengan hanif. Kemudian kita org ambil En Jalil dan bawa lari ke Melaka lak. Smp Melaka dlm 3.30pm.
Posted by Unknown at 1:46 AM