
JAKARTA - Seorang budak lelaki di Sumatera, Indonesia berusia dua tahun, Ardi Rizal (gambar) yang mengejutkan dunia kerana menghisap 40 batang rokok sehari, akhirnya dapat menghentikan tabiatnya itu, kata seorang pegawai kebajikan kelmarin.
Dia berjaya meninggalkan tabiatnya itu selepas mendapat rawatan rapi di sebuah hospital di sini sejak Julai lalu dengan ditemani ibunya.
Sebelum ini klip video yang menunjukkan kanak-kanak itu menghisap rokok disiarkan di Internet pada Mei lalu.
"Dia tidak lagi merokok dan paling penting, dia tidak meminta rokok," kata Setiausaha Agung sebuah agensi perlindungan kanak-kanak, Arist Merdeka Sirait.
Arist memberitahu Ardi gembira apabila dia dapat kembali semula ke kampung kerana dia amat merindui bapanya.
Ardi mula merokok sejak berusia enam bulan selepas dia diberikan bapanya sebatang rokok yang pertama. - AFP
Sunday, September 5, 2010
Si cilik Ardi sudah berhenti rokok
0 comments
Posted by
Unknown
at
4:30 AM
Sunday, August 15, 2010
Tuesday, August 3, 2010
Jam Bercakap
0 commentsSeorang budak punk mengajak kawannya datang ke rumah barunya. Dengan bangga dia menunjukkan ruang2 bilik dan hiasan rumahnya itu. Mereka berhenti di sebuah gong tembaga yang besar dan kelihatan menarik dan antik.
Kawannya bertanya, "apa benda ni? Kau budak punk pun boleh minat dengan dikir barat ke?"
"Menarik kan?" Jawab budak punk itu. "Ini bukan alat muzik lah bro. Ini jam bercakap."
"Jam bercakap?! Fuyohh! Bro, macam mana ia beroperasi? Sekarang pukul berapa, cuba kau demo sikit."
"Demo? Kau serius? Ok, tengok ni," kata budak punk itu lalu mengangkat gendang besi yg kelihatan berat sambil menghayun kuat menghentam ke tengah2 gong itu yg terus mengeluarkan bunyi yang kuat bagaikan boleh memecahkan gegendang telinga.
Tiba2 terdengar jeritan di sebalik tembok rumah sebelah, "Hoi!!! Kau dah tebiat nak mampus ke apa hah?!!! Dah pukul 2 pg lah biul. Tak tahu nak tidur ke?!!Sewel punya budak!"
"Ah! Dah pukul 2 pagi daaah," jelas budak punk itu.
Kawan dia cuma garuk kepala masih blur dan terkedu lagi nak cakap apa2.
Posted by
Unknown
at
4:39 PM
Ayah!!!!
0 commentsPost Last Edit by bacteria82 at 2-8-2010 20:30
Izwan diperintahkan ayahnya pergi masuk ke dalam bilik untuk tidur kerana hari sudah larut malam.Lima minit kemudian
Izwan berteriak:"Ayaaaaahh!!"
Ayah:"ada apa?"
Izwan:"Iwan haus la ayah.tolong bawakan air boleh x"
Ayah:pergilah ambil sendiri,ayah tengah baca srt khabar"
Lima minit kemudian
Izwan:"Ayaaahh!!
Ayah:ada apa lagi!!!"
Izwan:"Iwan haus.tolonglah bawakan air"
Ayah:"kan ayah dah cakap pergi ambil sendiri!kalau Iwan menjerit lg panggil ayah untuk bawakan air,ayah dtg dan pukul Iwan nnti!!"
Lima minit kemudian.
Izwan:"Ayaaaahhh!!"
Ayah:"APA!!!"
Izwan:"kalau ayah datang nk pukul Iwan ayah bawakkan air sekali ya.."
Ayah:!@##$%#$
Posted by
Unknown
at
4:38 PM







